10:50 AM | Posted in
ARNAB

Berabad lamanya manusia telah membentuk tabiat pemakanan mereka dan telah memakan haiwan-haiwan di sekelilingnya berdasarkan apa yang boleh didapati. Manusia telah membentuk citarasanya dan kadangkala nampaknya bahawa semakin eksotik makanannya, semakin ia diingini dan semakin ia dicari-cari.

Begitu juga dengan arnab yang merupakan haiwan yang mudah diternak dan cepat membiak, selain mampu menjadi sumber membekalkan daging dengan kandungan protien dan mineral tinggi dengan kalestrol dan lemak yang rendah. Menurut kajian saintifik, arnab merupakan haiwan yang hidup di darat dan ia dikelaskan sebagai haiwan mamalia iaitu haiwan yang berdarah panas. Sebagai haiwan mamalia yang berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak serta menjaga dan menyusukan anak.

Arnab mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba, dan juga deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh. Arnab adalah benda hidup dari alam haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam order lagomorpha. Makanan utama bagi arnab ialah tumbuh-tumbuhan.

Arnab mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu arnab mempunyai gigi pemotong kedua (incisors) dibahagian rahang atas dan ini berbeza dengan tikus manakala struktur tengkorak arnab lebih ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat. Arnab sering diburu oleh haiwan pemangsa atau maging, oleh itu arnab mempunyai kelebihan cepat membiak. Selain itu, untuk melarikan diri daripada haiwan pemangsa, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat. Arnab boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundra, suhu sederhana, tropika, dan juga di kawasan gurun.

Selain itu juga, memakan daging arnab mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Menurut kajian yang telah ditemui mengatakan apabila bahagian kepala arnab dimasak dan dimakan dapat mengubati demam malaria. Manakala memakan daging yang dibakar ia akan dapat melawaskan kencing, ia juga dapat mengubati retak batu pada kemaluan dan dapat mengempiskan perut yang gendut.

Seperti yang kita tahu, arnab memakan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat bahan makanan aranab dapatlah dikelaskan kepada lima kumpulan. Pertama ialah foraj seperti mil dedaun, rumput dan hampas tebu. Kedua ialah konsentrat seperti jagung, kacang soya dan dedak, seterusnya bahan yang mengandungi mineral seperti kapur dan garam, bahan yang mengandungi vitamin seperti vitamin A,B,E,K dan C manakala ditambah dengan makanan tambahan iaitu antibiotik dan enzim.
Category:
��
10:47 AM | Posted in
عن ‏ ‏أنس بن مالك ‏ ‏قال‏
‏"مررنا ‏ ‏فاستنفجنا ‏ ‏أرنبا ‏ ‏بمر الظهران ‏ ‏فسعوا عليه ‏ ‏فلغبوا ‏ ‏قال فسعيت حتى أدركتها فأتيت بها ‏ ‏أبا طلحة ‏ ‏فذبحها فبعث بوركها وفخذيها إلى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فأتيت بها رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقبله"

TERJEMAHAN HADITH


Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
“Ketika kami berjalan melalui Daerah Az-Zahran tiba-tiba kami dikejutkan oleh seekor arnab lalu kami mengejarnya sehingga penat. Katanya lagi: Aku telah mengejarnya sehingga dapat menangkapnya. Aku pun membawanya kepada Abu Talhah lalu beliau menyembelihnya. Beliau mengirimkan kaki dan kedua pahanya kepada Rasulullah s.a.w lalu aku pun membawanya kepada Rasulullah s.a.w dan baginda menerimanya.”

PEMAHAMAN HADIS


Melalui sahih Muslim, menurut Imam Nawawi ialah apa yang dimaksudkan (Kami dikejutkan oleh seekor arnab lalu kami mengejarnya sehingga penat) di mana makna kami dikejutkan (استنفجنا) ialah bermaksud kami menangkap dan kami mengejar. Manakala Daerah Al-Zahran, mim dan zho (م) dan(ظ) yang berbaris atas adalah satu tempat yang berdekatan atau berhampiran dengan Mekah.

Menurut beliau lagi, (فلغبوا) ghin (غ) berbaris atas di dalam (اللغة الفصيحة المشهورة), dan ghin berbaris bawah dalam bahasa yang dhaif (لغة ضعيفة). Ini diceritakan oleh Al-Jauhari dan yang lain. Menurut Imam Malik, Abu Hanifah, Syafi’e, Ahmad dan Ulama kesemuanya memakan arnab adalah halal, kecuali apa yang diceritakan (hikayat) daripada Abdullah bin Amru bin ‘Aas dan Ibn Abi Laila, kedua-duanya mengatakan makruh memakannya.

Oleh itu, melalui dalil Jumhur yang seperti hadis di atas, tidak sabit Larangan memakannya (arnab). Dapatlah kita simpulkan bahawa tiada larangan memakan daging arnab.
Category:
��