12:12 PM | Posted in
ANAK ARNAB

BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?


Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.

S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak amab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.

Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.

Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

MASA MENYUSU ANAK

BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?


lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekaii atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

IBU ANGKAT

APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU IBUNYA ?

Sekiranya bilangan anak melebehi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.

Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu dftandakan dengan warna pada bahagian kepala.

Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.

Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu blasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.

CERAI SUSU

BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?

Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak amab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak anak amab berumur 1 bulan.

Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaku sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemillhan untuk dijadikan baka heridaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatik dari masa kesemasa.

Setiap amab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak amab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.

Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak amab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak amab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan seiama 30-45 hari lagi.

PENENTUAN JANTINA

BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?

Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara pedahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah kedubur.
Category:
��
11:56 AM | Posted in
Dalam hal mengangkat dan memegang arnab ia tidak boleh sembarangan, apatah lagi untuk arnab yang masih kecil. Apabila terjadi kesalahan dalam mengangkat, ia akan mengakibatkan kecederaan yang menyebabkan kecacatan kekal pada arnab.

Beberapa tabiat yang sudah menjadi kebiasaan yang salah dalam mengangkat arnab : Mengangkat arnab dengan memegang ke dua telinga kelinci. Ini boleh mengakibatkan saraf telinga akan rosak kerana telinga arnab sensitif dan tidak mampu menahan berat tubuhnya. Apatah lagi apabila arnab meronta-ronta bila diangkat ditelinganya. Ini dapat mengakibatkan kepala arnab boleh terkehel dan cacat seumur hidupnya. Mengangkat arnab dengan memegang kedua kaki belakang. Hal ini akan menganggu peredaran darah, akibatnya darah akan menghimpun pada kepala dan posisi organ berubah. Ini mungkin akan terjadinya organ dalaman putus.




Bagaimana mengangkat arnab dengan betul ?

"Untuk arnab dewasa, pegang tengkuk atau punggung dengan salah satu tangan. Setelah terangkat, sebelah lagi tangan digunakan untuk mendukung pada bahagian bawah. Lebih elok jika sebelum diangkat, dibelai-belai dahulu arnab itu. Ini adalah kerana untuk menenangkan arnab dari meronta-ronta.

Untuk arnab yang masih kecil, boleh diangkat dengan memegang bahagian sebelah depan kaki belakang melalui punggung.


Category:
��
11:33 AM | Posted in
Bisul
Penyebab: terjadinya pengumpulan darah kotor di bawah kulit.
Pengendalian: pembedahan dan pengeluaran darah kotor dan diberi Jodium.

Kudis
Penyebab: Darcoptes scabiei.
Gejala: ditandai dengan jangkitan di tubuh.
Pengendalian: dengan menyapu ubat antibiotik.

Eksim
Penyebab: kotoran yang menempel di kulit.
Pengendalian: menggunakan ubat sapu/bedak Salicyl.

Penyakit telinga
Penyebab: kutu.
Pengendalian: menitiskan minyak tumbuh-tumbuhan.

Penyakit kulit kepala
Penyebab: kulat.
Gejala: timbul semacam sisik pada kepala.
Pengendalian: dengan serbuk belerang.

Penyakit mata
Penyebab: bakteria dan debu.
Gejala: mata basah dan berair.
Pengendalian: dengan menyapu ubat mata.

Mastitis
Penyebab: susu yang keluar sedikit/tak dapat keluar.
Gejala: puting mengeras dan panas bila dipegang.
Pengendalian: dengan tidak menyusu anak terlalu kerap.

Kesejukan
Penyebab: virus.
Gejala: hidung berair.
Pengendalian: menyembur antiseptik pada hidung.

Radang paru-paru
Penyebab: bakteria Pasteurella multocida.
Gejala: sesak nafas, mata dan telinga kebiruan.
Pengendalian: diberi minum Sul-Q-nox.

Berak darah
Penyebab: protozoa Eimeira.
Gejala: nafsu makan hilang, tubuh kurus, perut membesar dan berak darah.
Pengendalian: diberi minum sulfaquinxalin dos 12 ml dalam 1 liter air.

Umumnya, hama pada arnab merupakan pemangsa dari arnab seperti anjing.

Pada umumnya pencegahan dan pengendalian hama dan penyakit dilakukan dengan menjaga kebersihan pada kandang, pemberian makanan yang sesuai dan memenuhi gizi dan mengasingkan segera arnab yang sakit.
Category:
��
11:00 AM | Posted in
KEPERBAGAIAN HASILAN ARNAB

A) Arnab Daging
1. New Zealand White
2. Californian
3. Carolina
4. New Simonaire

B) Arnab Bulu
1. Rex
2. Angora

C) Kulit dan Daging
1. English Lops
2. Champagne d’Argent
3. Chinchilla American
Category:
��
10:53 AM | Posted in
KHASIAT DAGING ARNAB

Daging arnab mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kaya dengan vitamin B12 manakala kandungan kalori, lemak, kolesterol dan asid uriknya rendah. Dari segi perubatan, daging arnab baik untuk mereka yang mempunyai masalah pencernaan kerana mudah hadam. Selain itu, daging arnab amat baik bagi mereka yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan gout.
Category:
��
10:29 AM | Posted in
POTENSI DAN MASALAH INDUSTRI ARNAB

Memandangkan industri penternakan arnab masih baru di negara ini, baka arnab terpaksa di import untuk memperbanyakkan bilangannya. Bilangan ini akan di biak dan dipelihara untuk dijadikan induk pengganti kerana kos untuk membeli baka import terlalu mahal (antara RM 300 hingga RM 1000 / ekor). Penternak baru biasanya memperolehi ternakan mereka daripada penternak sedia ada. Walau bagaimana pun, setakat ini masih belum ada penternak yang menjalankan ujian pretasi terhadap ternakan mereka. Ujian ini bertujuan memberi jaminan kepada pembeli bahawa ternakan yang dibeli mereka itu terpilih berdasarkan beberapa kriteria seperti daya pengeluaran dan kesuburan yang tinggi serta sesuai diternak secara komersil. Namun demikian, sebuah stesen untuk menguji prestasi arnab perlu diwujudkan bagi mengeluarkan sijil dan data bagi setiap ekor arnab yang dijual sebagai induk.
Category:
��
10:24 AM | Posted in
STATUS PENGELUARAN ARNAB

Melalui maklumat yang telah di temui, tinjauan terhadap negara Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) pada tahun 1981 menunjukan bahawa negara Itali, Perancis dan Sepanyol paling banyak mengeluarkan daging arnab. Daripada tinjauan ini, didapati juga tahap mampu diri di belanda (96%), Perancis (93%), Itali (91%), Jerman Barat (85%) dan Belgium - Luxembourg (71%) adalah tinggi. Walau bagaimana pun, pengeluaran daging arnab dunia pada 1981 dijangka lebih tinggi iaitu sekurang - kurangnya 2 juta tan setahun. Anggaran pengeluaran daging arnab bagi negara Great Britain, Amerika Syarikat dan Greece masing - masing 15 000, 10 000 dan 6 000 tan setahun. Kebanyakan daging arnab yang diimport oleh negara Eropah adalah dalam bentuk karkas. Hanya sebilangan kecil karkas ini dipotong dan dibungkus untuk dieksport.

PEMASARAN DAGING ARNAB DI MALAYSIA

Manakala industri arnab di Malaysia pula, pemeliharaan arnab secara komersil mula mendapat perhatian sejak awal tahun 1980. sebelum itu, arnab hanya dipelihara secara kecil - kecilan sebagai haiwan kesayangan dan kebanyakannya dari baka tempatan. Tinjauan pada bulan April 1992 menunjukan bahawa terdapat 47 100 ekor arnab pedaging dan 27 300 ekor arnab tempatan di Malaysia. Angka ini dengan jelas menunjukan bahawa jumlah arnab telah meningkat dengan banyaknya dalam masa yang singkat.

Pada tahun 1991, walaupun negeri Terengganu, Sabah dan Negeri Sembilan mempunyai bilangan penternakan yang besar. Bilangan arnabnya jauh lebih kecil daripada yang terdapat di negeri Selangor dan Johor. Arnab di import dari Australia, Belgium, Jerman Barat, Belanda, Indonesia, Perancis, Thailand, Amerika Syarikat, China, Singapura dan Great Britain. Jenis arnab yang paling banyak di import ialah baka pedaging New Zealand White dan Californian.

Di Malaysia, pemasaran daging arnab ditingkatkan kerana orang beranggapan bahawa arnab sebagai haiwan kesayangan. Banyak usaha telah dijalankan untuk menggalakkan lebih ramai memakan daging arnab. Antaranya dengan memasarkan kerkas arnab dalam bentuk potongan dan mewujudkan beberapa hasilan daripada daging arnab.

Manakala menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), kerajaan Malaysia mempromosikan daging arnab di seluruh negara dengan melancarkan beberapa buah gerai yang diberi nama Lazaria bagi menjual daging arnab yang telah digoreng dan tepung penyalut yang dirumus khas digunakan untuk menyedapkan lagi rasa daging arnab. Sekiranya mutu daging dan masakan dapat dijaga dengan baik, penggunaan daging arnab akan bertambah menerusi Lazaria.
Category:
��