10:24 AM | Posted in
STATUS PENGELUARAN ARNAB

Melalui maklumat yang telah di temui, tinjauan terhadap negara Kesatuan Ekonomi Eropah (EEC) pada tahun 1981 menunjukan bahawa negara Itali, Perancis dan Sepanyol paling banyak mengeluarkan daging arnab. Daripada tinjauan ini, didapati juga tahap mampu diri di belanda (96%), Perancis (93%), Itali (91%), Jerman Barat (85%) dan Belgium - Luxembourg (71%) adalah tinggi. Walau bagaimana pun, pengeluaran daging arnab dunia pada 1981 dijangka lebih tinggi iaitu sekurang - kurangnya 2 juta tan setahun. Anggaran pengeluaran daging arnab bagi negara Great Britain, Amerika Syarikat dan Greece masing - masing 15 000, 10 000 dan 6 000 tan setahun. Kebanyakan daging arnab yang diimport oleh negara Eropah adalah dalam bentuk karkas. Hanya sebilangan kecil karkas ini dipotong dan dibungkus untuk dieksport.

PEMASARAN DAGING ARNAB DI MALAYSIA

Manakala industri arnab di Malaysia pula, pemeliharaan arnab secara komersil mula mendapat perhatian sejak awal tahun 1980. sebelum itu, arnab hanya dipelihara secara kecil - kecilan sebagai haiwan kesayangan dan kebanyakannya dari baka tempatan. Tinjauan pada bulan April 1992 menunjukan bahawa terdapat 47 100 ekor arnab pedaging dan 27 300 ekor arnab tempatan di Malaysia. Angka ini dengan jelas menunjukan bahawa jumlah arnab telah meningkat dengan banyaknya dalam masa yang singkat.

Pada tahun 1991, walaupun negeri Terengganu, Sabah dan Negeri Sembilan mempunyai bilangan penternakan yang besar. Bilangan arnabnya jauh lebih kecil daripada yang terdapat di negeri Selangor dan Johor. Arnab di import dari Australia, Belgium, Jerman Barat, Belanda, Indonesia, Perancis, Thailand, Amerika Syarikat, China, Singapura dan Great Britain. Jenis arnab yang paling banyak di import ialah baka pedaging New Zealand White dan Californian.

Di Malaysia, pemasaran daging arnab ditingkatkan kerana orang beranggapan bahawa arnab sebagai haiwan kesayangan. Banyak usaha telah dijalankan untuk menggalakkan lebih ramai memakan daging arnab. Antaranya dengan memasarkan kerkas arnab dalam bentuk potongan dan mewujudkan beberapa hasilan daripada daging arnab.

Manakala menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), kerajaan Malaysia mempromosikan daging arnab di seluruh negara dengan melancarkan beberapa buah gerai yang diberi nama Lazaria bagi menjual daging arnab yang telah digoreng dan tepung penyalut yang dirumus khas digunakan untuk menyedapkan lagi rasa daging arnab. Sekiranya mutu daging dan masakan dapat dijaga dengan baik, penggunaan daging arnab akan bertambah menerusi Lazaria.
Category:
��

Comments

0 responses to "///Pasaran daging arnab"